fbpx

Dua maut kemalangan empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 15 Jalan Kota Tinggi-Mersing hari ini.

KOTA TINGGI – Dua maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 15 Jalan Kota Tinggi-Mersing hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Abdul Wahid berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 11.52 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang melibatkan enam orang mangsa yang menaiki Mitsubishi Xpander, Perodua Viva, sebuah motosikal dan lori.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori Isuzu 5 tan dimana seorang pemandu cedera ringan, Perodua Viva juga melibatkan serorang pemandu cedera ringan, manakala Mitsubishi Xpander terdapat seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia dan dua orang mangsa cedera.

“Sementara seorang penunggang motosikal jenis Y16 turut disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan dengan pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dibawa ke klinik berhampiran dengan menaiki kenderaan sendiri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI