PASANGAN selebriti Chris Martin dan Dakota Johnson dilaporkan kembali bersama selepas berpisah buat sementara waktu.
Menurut sumber, sepanjang tempoh berpisah, mereka merenung kembali hubungan yang terjalin sejak 2017.
“Ruang yang terpisah itu membuatkan mereka berbaik dan kembali bersama.
“Walaupun khabar angin mereka berpisah bertiup kencang, kini mereka kembali bersama,” katanya.
Tambah sumber, biarpun sudah mengikat tali pertunangan, kedua-duanya tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE