fbpx

Camila Cabello dihina tak layak jadi penyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMILA CABELLO

PENYANYI Camila Cabello dikecam gara-gara menyanyikan lagu Espresso secara sambil lewa ketika ke sebuah acara radio minggu lalu.

Ramai mengatakan Cabello sengaja berbuat demikian kerana berasa tidak puas hati dengan pemilik asal lagu tersebut iaitu Sabrina Carpenter.

Peminat percaya lagu itu dihasilkan Carpenter ketika dia menjalin hubungan dengan bekas kekasih Cabello sekali gus menjadi punca Shawn Mendes meninggalkan pelantun lagu Havana itu tahun lalu.

Namun, tidak kurang juga yang mengatakan pihak stesen radio sengaja meminta Cabello untuk menyanyikan lagu Carpenter meskipun sudah mengetahui hubungan kedua-dua penyanyi itu didakwa dingin.

“Jika anda kata dia bukan penyanyi, satu dunia mengetahui lagu Havana.

“Mungkin Cabello berbuat demikian kerana dia berasa lagu tersebut menceritakan tentang hubungan Carpenter dengan Mendes,” kata peminat di X. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI