fbpx

[VIDEO] Bukan setakat ilmu agama, bab pesawat pun UAI ‘power’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UAI menerangkan mengenai pesawat tempur dalam satu program ceramah.

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bukan sahaja arif bab ilmu agama, bahkan mampu memberi penerangan secara terperinci mengenai pesawat tempur termasuk AC-130.

Menerusi satu video dalam program ceramah, Ustaz Azhar ditanya mengenai pesawat AC-130 dan menerangkan secara lanjut sekali gus menunjukkan beliau begitu meminati bidang ketenteraan.

“Sejarah dibuat tahun 1967, penggunaan secara meluas tahun 1968 di perang Vietnam. Kapal ini daripada syarikat Boeing, sayapnya 40 meter (m) 126 kaki panjang badan 30m 90 kaki lebih dan kelajuannya 482 kilometer/sejam (km/j).

“Dulu-dulu kita dengar Hercules tu C130, tapi dimajukan jadi AC130 sampai AAC, 130A, ada J, ada H, U, W.

“Yang hebat ini dalam filem Olympus Has Fallen yang kapal itu terbang ke tempat orang dalam bandar, kapal terbang ada mesingan. Masuk bandar Washington (dalam filem) tembak orang ramai,” katanya menerusi video yang dimuat naik di platform X.

UAI turut menerangkan pesawat tempur lain yang turut digunakan menerusi salah satu filem lakonan Arnold Schwarzenegger.

“Dia letak mesingan macam Arnold Schwarzenegger pakai, yang itu kalau kena, ‘tubik’ (keluar) perut orang. Ganas kapal terbang tu. Kapal terbang yang bahaya, nampak pakai kipas saja.

“Banyak ‘mengaut’ korban ketika di Afghanistan dulu, terbang macam biasa rendah, habis rumah rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Azhar memberitahu dia pernah melanggan majalah ketenteraan sebelum ini.

“Dulu suka baca majalah, keluar setiap bulan. Ada perincian spesifikasi senjata baharu. Dulu suka langgan dan baca,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI