fbpx

Bukan komando, tetapi pasukan Rela Marksman Team

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Rela Marksman Team.

PETALING JAYA – Pada perarakan Hari Kemederkaan di Dataran Putrajaya, Sabtu lalu, ada segelintir netizen mempersoalkan tentang pakaian dan kelengkapan yang dikenakan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ini kerana pegawai Rela yang menyertai perarakan itu telah mengenakan pakaian umpama pasukan khas tentera lengkap bersenjata dan memakai topeng serta berkaca mata hitam.

Bagaimanapun, Rela menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya memaklumkan bahawa pegawai yang menyertai perarakan itu adalah terdiri daripada pasukan Rela Marksman Team atau lebih dikenali sebagai (RMT).

Jelas Rela, pasukan terbabit terdiri daripada Pegawai Rela seluruh Malaysia yang berkepakaran dalam pengendalian senjata api di jabatan berkenaan.

“RMT melahirkan pegawai dan anggota yang mahir dan cekap dalam penggunaan senjata api serta dapat menembak dengan tepat.

“Pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, pasukan ini telah menghantar pegawai seramai 31 orang yang diketuai oleh PPjR Henra Herman, Komandan Pusat Latihan RELA Wilayah Utara menyertai perbarisan dengan slogan ‘Tiada mustahil jika berlatih’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI