fbpx

Dr. Muhammad Akmal bawa 3 ‘anak’ Nenggiri belajar, berlatih sepak takraw ke Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal bersama tiga anak Nenggiri yang akan menyambung pelajaran dan berlatih sepak takraw di Melaka.

PETALING JAYA – Selepas Barisan Nasional berjaya merampas semula Dewan Undangan Negeri (Nenggiri) pada Piliharan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, tiga remaja di DUN berkenaan telah terpilih untuk menyambung pelajaran dan menjalani latihan sepak takraw di Melaka.

Inisiatif tersebut telah dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh.

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, ketiga-tiga remaja berkenaan akan berada di Melaka untuk beberapa bulan bagi menyambung pembelajaran dengan  belajar dan berlatih sepak takraw.

“Alhamdulillah, bukan seorang tetapi tiga orang kita bawa anak kampung Nenggiri untuk sambung belajar dan berlatih takraw di Melaka.

“Doakan mereka ini berjaya di bumi Melaka. Anak kampung juga berhak untuk berjaya,” katanya di laman Facebook.

Pada hantaran sama, Akmal turut memaklumkan bahawa elaun ketiga-tiga remaja berkenaan akan ditambah daripada RM200 kepada RM500 sebulan, sepanjang tempoh mereka berada di Melaka.

Jelasnya, penambahan tersebut khusus untuk mengurangkan beban ibu bapa remaja berkenaan memandangkan mereka berkelana di negeri orang.

“Jadi, mak ayah jangan risau. RM500 untuk makan dia seorang dalam kampung ini lebih daripada cukup. Saya nak mereka berjaya. Apabila jadi pemimpin, adalah tanggungjawab kami untuk pastikan orang kampung macam kami ini boleh berjaya,” katanya.

Selain itu, beliau juga bercadang untuk membina satu gelanggang sepak takraw berdekatan tempat remaja berkenaan menginap supaya senang untuk mereka berlatih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI