fbpx

Agrobank sumbang kotak makanan kepada 100 asnaf di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) menyerahkan salah seorang penerima kotak makanan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini

PETALING JAYA- Agrobank dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah menyerahkan sumbangan berupa kotak makanan kepada 100 asnaf di Kota Bharu bersempena sambutan ambang kemerdekaan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Agrobank untuk memastikan setiap golongan masyarakat, terutamanya yang kurang bernasib baik  mendapatkan akses kepada keperluan makanan yang mencukupi dan sihat.

“Sumbangan ini bukan sekadar untuk meringankan beban, tetapi turut merapatkan jurang sosio-ekonomi dalam masyarakat sejajar dengan aspirasi Kemerdekaan negara.

“Selain itu, Agrobank percaya bahawa Hari Kebangsaan Malaysia lebih bermakna apabila sambutannya dirai bersama-sama tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Majlis pemberian sumbangan itu telah dimeriahkan dengan persembahan dikir barat dan silat yang merupakan seni warisan yang menjadi kebanggaan penduduk.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan kebangsaan Malaysia turut dianjurkan di peringkat Agrobank.

Antara aktiviti menarik bagi sambutan kemerdekaan peringkat Agrobank adalah Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kakitangan syarikat dan penganjuran Peraduan video Jiwa Merdeka Agrobank khusus untuk rakyat Malaysia dengan menawarkan Gold Wafer sehingga RM5,000 yang akan berlangsung sehingga 16 September 2024. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI