fbpx

Abai keselamatan anak, Paris Hilton dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARIS HILTON

PEWARIS empayar hotel Hilton, Paris Hilton menegaskan peminat tidak perlu risau tentang keselamatan anak sulungnya, Pheonix Barron Hilton Reum yang tidak memakai jaket keselamatan ketika berada di atas sebuah bot.

Hilton yang memuat naik video menunjukkan anaknya berusia setahun berjalan-jalan di atas kapal pesiar tanpa pengawasan orang dewasa.

Perkara itu lantas membuatkan peminat berasa risau dan meminta Hilton memakaikan jaket keselamatan kepada anaknya bagi mengelak bahaya.

Bagaimanapun Hilton menegaskan anaknya berada dalam keadaan baik dan selamat. Malah dia juga sentiasa bersama dengan anaknya itu sepanjang berada di atas kapal pesiar.

“Tidak perlu bimbang kerana keselamatannya terjamin. Terima kasih kepada mereka yang sangat prihatin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI