fbpx

4 polis peras ugut ahli perniagaan RM45,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR (kanan) mengadakan sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai polis bersama tiga anak buahnya ditahan selepas disyaki memeras ugut dua ahli perniagaan dan meminta wang sebanyak RM45,000 bagi menyelesaikan kes penyeludupan manusia.

Keempat-empat penguat kuasa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ditangkap minggu lalu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya melakukan siasatan dalaman dan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat salah laku melibatkan pegawai dan anggotanya.

“Berkenaan laporan dakwaan peras ugut, kita telah tangkap empat suspek untuk siasatan lanjut. Bukti-bukti sedang dikumpul dan apabila siasatan lengkap, kita akan serah kepada pejabat pendakwa raya.

“Buat waktu ini mereka diberi jaminan polis dan diletakkan di unit tidak aktif. Kita jamin siasatan menyeluruh akan dibuat dan tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Tambah Kumar, semakan mendapati empat penjawat awam itu tiada rekod masalah disiplin.

Terdahulu, tular di media sosial satu laporan polis dibuat mangsa mendakwa dia dan rakannya didatangi dua lelaki yang mengaku anggota polis dan membawa mereka ke IPD Seri Alam.

Setibanya di sana, mereka dibawa masuk ke dalam bilik dan diperkenalkan kepada dua lagi anggota yang mendakwa mangsa dan rakannya terlibat dengan sindiket scammer dan pemerdagangan manusia.

Anggota polis kemudian meminta wang RM150,000 untuk membantu mangsa menyelesaikan kes tersebut, namun mangsa hanya mampu memberikan wang RM45,000.

Mangsa laporan polis berhubung perkara itu pada keesokan harinya di IPD Johor Bahru Selatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI