fbpx

2 sekawan maut, motosikal dirempuh kereta ketika balik kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki mangsa selepas dirempuh dua buah kereta di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Masjid Pahi, Kuala Krai hari ini. Foto IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Dua sekawan maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh dua buah kereta semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di kawasan simpang tiga, Kilometer 76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Masjid Pahi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kedua-dua wanita berusia 48 dan 49 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sedang dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pahi menghala ke Kampung Baru Pahi.

Menurutnya, pada masa sama, sebuah kereta jenis Proton Iriz datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Machang.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua wanita itu membelok ke kanan di kawasan simpang tiga untuk pulang ke rumah.

“Kereta Proton Iriz yang datang arah bertentangan tidak sempat membrek sebelum merempuh motosikal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazlan memberitahu, kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa terbabas dan bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang datang arah bertentangan.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, di sini untuk dibedah siasat. Pemandu dua buah kereta itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Mazlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI