fbpx

11 maut Ribut Tropika Yagi badai Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak bermain hujan ketika Ribut Tropika Yagi melanda Manila hari ini. - AFP

MANILA – Banjir dan tanah runtuh mengorbankan 11 orang selepas ribut tropika yang kuat melanda Filipina untuk hari kedua, kata pegawai hari ini.

Ribut Tropika Yagi melepasi wilayah Bicol di tenggara Manila semalaman dan dijangka mendarat lewat hari ini di pantai timur laut Pulau Luzon.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekolah dan pejabat kerajaan di seluruh ibu kota, Manila ditutup, manakala perkhidmatan feri di kawasan terjejas digantung dan 29 penerbangan domestik dibatalkan.

Tiga orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh dalam kejadian tanah runtuh hari ini di Antipolo, berhampiran ibu kota, kata pegawai maklumat bandar, Relly Bonifacio kepada AFP.

Beliau berkata, mayat empat orang lagi dengan kesemuanya lemas, ditemui di tiga kawasan  berbukit lain, beberapa jam selepas anak sungai melimpah semalaman.

“Banjir berada di atas paras kepala di beberapa kawasan,” kata Joshua Tuazon dari pejabat keselamatan awam bandar itu sambil menambah, ratusan penduduk telah diselamatkan.

Lebih 300 orang kekal di kem pemindahan hari ini dengan pegawai tempatan berkata, air banjir di bandar dengan 210,000 orang itu perlahan-lahan surut.

Sementara itu, dua kejadian tanah runtuh mengorbankan dua orang dan merosakkan lima rumah di pusat bandar Cebu semalam, kata pejabat bencana tempatan.

Yagi bergerak ke arah utara pantai Luzon pada petang ini dengan angin berkelajuan 85 kilometer sejam, meningkat daripada 75 kilometer sejam pada awal pada hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI