fbpx

[VIDEO] Jangan bersihkan ‘please’, cantik sangat..

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan hasil lukisan daripada tiga orang kanak-kanak pada sebuah kereta Proton Saga.

PETALING JAYA – ‘Jangan bersihkan ‘please,’ cantik sangat. Anak puan berbakat,’ demikian antara komen orang ramai ketika melihat video tiga orang kanak-kanak melukis dan mewarna sebuah kereta proton Saga berwarna putih.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @izzulnana, wanita itu terkejut melihat kereta tersebut diconteng oleh anak-anaknya selepas pulang bercuti.

Tiga orang kanak-kanak itu dilihat menjadikan kereta itu seperti papan putih dengan melukis pelbagai objek dan bentuk seperti bendera Malaysia, bendera Palestin, kura-kura dan kartun.

“Jangan sesekali tinggal anak dengan bapanya. Aku baru je balik rumah sehari pergi ‘girls trip’, sampai-sampai rumah nah tak tahu siapa yang salah,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji bakat dan kreativiti tiga orang kanak-kanak itu.

“Sangat berbakat, pandai main warna. Hasil cantik,” kata tinachong.

“Comellah kak. Sayang pula nanti nak padam,” komen Puteri Abati99.

“Kereta berhias sempena Merdeka. Kreatif sungguh,” ujar mizssuemmarnie. – KOSMO! ONLINE

@izzulnanamoral of the story : jgn sesekali tinggal ank dgn bapak nya..aku baru je tak balik rumah sehari pergi girls trip,sampai2 rumah nahhhhh !🥹 x tahu siapa yg salah..

♬ son original – Cat’slife

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI