fbpx

UNICEF lancar tender kecemasan vaksin mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesakit dengan gejala mpox yang teruk dirawat di sebuah hospital di utara Bukavu, timur DRC pada 24 Ogos lalu. - AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Tabung Darurat Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melancarkan tender kecemasan untuk vaksin mpox bagi membantu negara-negara yang paling teruk dilanda wabak penyakit itu.

“Tender kecemasan tersebut dibangunkan untuk mendapatkan akses segera kepada vaksin mpox yang tersedia serta bagi mengembangkan pengeluaran,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pakatan vaksin Gavi serta  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika.

“Bergantung kepada permintaan, kapasiti pengeluaran pengilang dan pembiayaan, perjanjian sehingga 12 juta dos (vaksin) sehingga 2025 boleh dilaksanakan,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, di bawah tender kecemasan, UNICEF merancang untuk menyediakan perjanjian bekalan bersyarat dengan pengeluar vaksin.

“Ini akan membolehkan UNICEF membeli dan menghantar vaksin tanpa berlengah-lengah. 

“Ia akan dilakukan sebaik sahaja negara dan rakan kongsi memperoleh pembiayaan, mengesahkan permintaan dan kesediaan serta keperluan kawal selia untuk menerima vaksin telah disediakan,” ujarnya.

WHO mengisytiharkan darurat antarabangsa bagi wabak mpox pada 14 Ogos lalu berikutan kebimbangan dengan lonjakan kes strain Clade 1b baharu di Republik Demokratik Congo (DRC) yang merebak ke negara-negara berdekatan.

Lebih 18,000 kes disyaki mpox dilaporkan di DRC setakat tahun ini dengan 629 kematian. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI