fbpx

Tang Jie-Ee Wei tempah final Terbuka Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE-Ee Wei mara ke final ketiga musim ini di Terbuka Korea Selatan selepas turut meraih pencapaian sama di Terbuka Switzerland dan Thailand Masters.

HARI paling bermakna buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila melayakkan diri ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea di kala seluruh rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan ke-67.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul semalam, pasangan No.9 dunia itu mencatat kemenangan 22-20, 21-19 ke atas beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi dalam tempoh 50 minit.

Tang Jie berkata, mereka berharap dapat mengekalkan aksi konsisten pada perlawanan akhir hari ini, sekali gus menjadi hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan.

“Selepas berakhir Sukan Olimpik (Paris 2024), sangat sukar untuk kami lakukan kebangkitan kerana harapan kami adalah catat keputusan terbaik selain menjadi antara beregu kelompok teratas di sana.

“Sekarang kami sudah ‘reset’ semula dan menamatkan penantian kerana tidak pernah melangkah ke pentas final pada kejohanan yang melebihi (Super) 300. Selamat Hari Kebangsaan dan harap dapat buat anda semua bangga,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Menanti Tang Jie-Ee Wei di perlawanan akhir hari ini adalah satu lagi beregu China, Guo Xin Wa-Li Qian yang menewaskan pasangan tuan rumah, Kim Won Ho-Jeong Na Eun menerusi kemenangan tiga set 21-14, 22-24, 21-10.

Jelas Tang Jie, mereka tidak tahu apa yang boleh dijangka pada aksi final hari ini memandangkan tidak sempat untuk menyaksikan perlawanan lawan mereka itu, namun akan berbincang sesama sendiri bagi mencari strategi terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI