fbpx

Sabah cipta sejarah ke Liga Juara-Juara Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABAH menjuarai aksi kelayakan Kumpulan C selepas menundukkan Nasaf untuk mara ke saingan peringkat kumpulan AWCL. - FB SABAH FOOTBALL ASSOCIATION

SKUAD bola sepak wanita Sabah memberikan hadiah kemerdekaan paling bernilai buat Malaysia apabila mencipta sejarah melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AWCL).

Pada aksi pusingan awal di Stadium Likas, kelmarin, Sabah berjaya menewaskan kelab Uzbekistan, PFC Nasaf 2-1 sekali gus menjuarai aksi kelayakan Kumpulan C untuk layak masuk ke Kumpulan A yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Pengendali Sabah, Justin Ganai berkata, pasukan lawan memiliki lebih banyak kelebihan untuk memenangi perlawanan, namun kemahuan anak buahnya menjadi senjata utama kepada kejayaan kali ini.

“Tidak ramai yakin kemampuan Sabah sebab kami hanya melakukan persiapan dalam 10 hari. Lihat saja pasukan lawan bermain, secara individu dan mereka sangat bagus, tetapi kami bekerja secara berpasukan.

“Pemain saya kekal bekerja keras dan itulah yang mereka lakukan,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, pemain import dari Myanmar, Win Theingi Tun menjaringkan kedua-dua gol Sabah, manakala jaringan tunggal lawan dihasilkan oleh Alvine Emma Ngonja.

Pada saingan sebenar nanti, Sabah akan berada dalam Kumpulan A bersama kelab China, Wuhan Jiangda, Hyundai Steel Red Angels (Korea Selatan) dan Abu Dhabi Country Club (UAE).

“Pasukan lawan hanya mahukan keputusan seri dan saya minta pemain supaya tidak terlalu memikirkan perkara lain. Mereka hanya perlu bermain dan tunggu wisel penamat.

“Saya katakan kepada pemain yang mereka kena yakin dengan diri sendiri,” kata Justin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI