fbpx

Rugi besar tiada Haaland dalam FPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak tiga gol ketika menentang West Ham sekali gus menjadi hatrik keduanya dalam tiga perlawanan setakat ini. - AFP

LONDON – Penyerang Manchester City, Erling Haaland seakan sudah hilang rasa takut apabila sekali lagi merakam hatrik untuk menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium London awal pagi tadi.

Kecemerlangan itu bukan sahaja menggembirakan pengendali City, Pep Guardiola tetapi buat 62.1 peratus pengurus Fantasy Premier League (FPL) yang memilihnya untuk perlawanan ketiga (GW3) Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Apa tidaknya, ini adalah kali kedua berturut-turut Haaland meledak hatrik untuk meraih 17 mata termasuk tiga mata bonus sekali gus  menyaksikan bintang Norway itu mengumpul 41 mata keseluruhan setakat ini.

Berdasarkan statistik, sebanyak 83,943 pengurus FPL yang mengeluarkan atau tidak mempunyai Haaland untuk GW3 terpaksa berputih mata dengan kesilapan mereka.

Tidak mustahil Haaland yang kini sudah berharga £15.1 dalam saingan FPL, mampu merekodkan hatrik ketiga berturut-turut apabila turun menentang Brentford untuk aksi keempat EPL pada 14 September nanti.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI