fbpx

Pelupusan haram buangan terjadual punca pencemaran Sungai Balok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAS Pahang menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan disyaki dijadikan tapak pelupusan haram buangan terjadual di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pencemaran bau serta kematian ikan di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balok disyaki berpunca daripada tapak pelupusan haram buangan terjadual.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, tapak pelupusan haram itu dikesan susulan pencemaran bau bahan kimia yang mendapat liputan meluas di media sosial.

Hasil siasatan yang dilakukan JAS pada 27 Ogos hingga 29 Ogos lalu mendapati kehadiran bau yang kuat di kawasan tersebut serta adanya lapisan minyak di permukaan Sungai Balok.

“Pengujian “in-situ” di lokasi aduan mendapati kadar Oksigen Terlarut (Dissolved Oxygen, DO) adalah 0.42 mg/L, rendah berbanding julat normal bagi kehidupan akuatik iaitu 4.0 hingga 6.0 mg/L dan bacaan pH adalah 7.14 adalah normal.

“Berdasarkan maklumat lanjut daripada orang awam, JAS telah mengesan satu alur air berhampiran dengan Loji Rawatan Kumbahan (IWK) di kawasan Taman Balok Baru, disyaki telah dijadikan tapak pelupusan haram buangan terjadual berdasarkan buangan berminyak yang ditemui serta bau yang kuat dari lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, semasa siasatan dijalankan sebanyak dua botol sampel tanah tercemar dan air sungai telah diambil di lokasi aduan untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI