fbpx

Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah terpaksa akur dan berpuas hati meraih naib juara Terbuka Korea hari ini.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan terpaksa akur dengan kekalahan di pentas final Terbuka Korea 2024 di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul apabila tumpas di tangan gandingan tuan rumah, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong hari ini.

Pasangan No. 9 dunia itu tunduk dengan kekuatan lawan di ranking ke-20 dunia itu dengan kekalahan 11-21, 12-21 dalam pertarungan akhir yang berlangsung selama 44 minit.

Walaupun tewas di pentas final, pujian harus diberikan kepada Pearly-Thinaah kerana menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan selepas menewaskan beregu No. 2 dunia dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 21-18, 21-13 ke atas Ha Na-So Hee di separuh akhir semalam.

Prestasi dipamerkan membuktikan mereka kembali berada pada landasan tepat sejak tewas kepada pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida sewaktu penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 bulan lalu.

Sebagai rekod, ini adalah kejayaan naib juara ketiga berturut-turut diraih Pearly-Thinaah dalam siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas Malaysia Masters 2023 dan Terbuka Hong Kong 2023.

Dua gelaran pernah dimenangi sepanjang siri Jelajah BWF dalam karier mereka adalah muncul juara Terbuka Switzerland 2021 dan Terbuka Perancis 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI