fbpx

Nuha Bahrin nyanyi sumbang lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUHA BAHRIN

SEBELUM ini Nuha Bahrin pernah dikecam hebat kerana nyanyian sumbang ketika mendendangkan lagu Kekasih Awal Dan Akhir beberapa tahun lalu.

Kini, isu sama menjadi bualan semula ketika dia membuat persembahan dalam sebuah acara perasmian sebuah restoran.

Menerusi video yang tular dalam TikTok itu, Nuha menyanyikan lagu hitsnya, Casablanca secara solo tanpa ditemani rakan duet, Naufal Azrin.

Nuha dilihat agak ‘struggle’ menyanyi seorang diri. Iyalah, lagu duet menyanyi seorang diri memang agak mencabar tetapi Diva dengar okey sahaja.

Mungkin mikrofon dan sistem bunyi di situ tidak begitu bagus sehingga menyebabkan nyanyiannya kedengaran sumbang.

Kemudian, Diva baca pula bahagian komen, ramai pula netizen yang kecam dan berpendapat Nuha hanya sesuai menyanyi atau buat konten untuk media sosial sahaja.

Memang agak pedih juga tapi itulah yang perlu dihadap Nuha. Sabarlah ya, lumrah jadi artis memang begitu.

DIVA: Naik muak baca pendedahan sikap playboy Amir Ahnaf. Kejutan budaya agaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI