fbpx

MotoGP: Jorge Martin akui sukar menang di Aragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN tidak memiliki rekod yang baik di Aragon apabila belum pernah meraih kemenangan dan podium di litar berkenaan. - AFP

ARAGON – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin mengakui saingan Grand Prix Aragon bukanlah litar yang mampu untuk membantunya menamatkan kemarau kemenangan berdasarkan rekod aksinya di trek tersebut sebelum ini.

Martin baka turun beraksi di Aragon untuk memburu kemenangan ketiga musim ini selepas kali terakhir memenangi podium pertama perlumbaan ketika GP Perancis di Le Mans pada Mei lalu.

Bagaimanapun, kedudukan Martin sebagai pencabar kejuaraan tidak terjejas apabila hanya ketinggalan lima mata di belakang Francesco Bagnaia biarpun pelumba Ducati itu meraih tujuh kemenangan musim ini.

Sepanjang karier MotoGP, Martin tidak pernah meraih kemenangan di Aragon, malah gagal meraih sebarang podium dengan rekod terbaik adalah menduduki tempat keenam, sekali gus menjadikan litar itu bukanlah kegemarannya.

“Kita akan melihatnya nanti. Sudah tentu, ia agak lama (tidak meraih kemenangan), kali terakhir di Le Man. Di Sachsenring saya hampir memenanginya, tetapi terlibat dengan kemalangan. Saya berada dalam keadaan baik dan optimis untuk meraih kemenangan.

“Dua minggu lalu, saya mencubanya untuk meraih mata maksimun, namun Pecco terlalu luar biasa di Austria. Itu menyebabkan saya dalam kesukaran, tetapi di sini (Aragon) akan menjadi lebih sukar.

“Tiga pelumba yang berada berhampiran saya dalam carta kedudukan pelumba keseluruhan, pernah memenangi perlumbaan di Aragon untuk saingan MotoGP. Saya pernah menang, tetapi hanya dalam saingan Moto3. Jadi, saya ketinggalan berbanding mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI