fbpx

‘Masa tidur tinggikan sikit kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHM berkongsi kebaikan meninggikan kaki ketika tidur atau baring di hantaran Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) berkongsi kebaikan meninggikan kaki ketika tidur yang mempunyai banyak kebaikan terutamanya bagi mereka yang kerja berdiri sepanjang hari dan mempunyai masalah bengkak kaki.

Menurut PHM, posisi tidur atau baring dengan kaki sedikit tinggi membantu aliran darah kembali ke jantung dengan lebih mudah sekali gus, mengurangkan bengkak kaki.

“Posisi ini juga dapat mengurangkan tekanan pada tulang belakang, memberikan kelegaan kepada mereka yang sering sakit belakang.

“Selain itu, tekanan pada perut berkurang, menjadikan tidur anda lebih nyaman tanpa gangguan refluks asid,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Kongsi PHM lagi, kebaikan lain meninggikan kaki ketika tidur adalah dapat meningkatkan peredaran darah, membantu penghadaman dan memulihkan otot.

“Selain itu, posisi meninggikan kaki juga baik untuk kesihatan tulang belakang.

“Untuk mendapatkan manfaat maksimum, disarankan untuk menaikkan kaki selama kira-kira 15 hingga 20 minit,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI