fbpx

Lagu Adele, babak Crazy Rich Asians ‘hint’ rumah tangga Fazura?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANTARAN Fazura dalam Instagram yang memuatkan foto dan video aktivitinya sepanjang bulan Ogos mengundang pelbagai andaian peminat terhadap situasi semasa rumah tangganya.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon Nur Fazura Sharifuddin tidak memuat naik foto bersama suaminya, aktor Fattah Amin dalam media sosial terus menjadi tanda tanya.

Persoalan itu hangat diperkatakan apabila Fazura, 41, memuat naik 17 gambar dan video dalam satu perkongsian sempena bulan Ogos namun tiada satu pun menunjukkkan kehadiran Fattah Amin.

“Selamat tinggal Ogos.”

Ucapan ringkas Fazura menerusi perkongsiananya dalam Instagram yang dikatakan seperti memberi gambaran tentang kehidupannya yang disertakan dengan ikon daun luruh dan burung merpati putih.

Dalam hantaran itu, Fazura memuat naik beberapa foto dan video antaranya menunjukkan dia duduk di dalam pesawat sambil merenung ke luar tingkap, jadual senaman, menjalani sesi penggambaran dan bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Apa yang menarik perhatian, Fazura turut memuat naik sedutan persembahan Adele menyanyikan lagu Love In The Dark ketika menonton persembahan bintang antarabangsa itu di Munich, Jerman bulan lalu.

Terdapat juga sedutan babak daripada filem Crazy Rich Asians menunjukkan watak Astrid Leong lakonan Gemma Chan yang akhirnya membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Michael Teo.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan kebimbangan terhadap artis kesayangan mereka dan mengganggap perkongsian itu sangat menyedihkan.

“Lagu Adele dan babak Crazy Rich Asians itu sudah jadi petunjuk. Semoga Fazura tetap kuat dan tabah.

“Tiada langsung gambar Fattah. Semoga Fazura dan Fattah baik-baik sahaja.

“Babak filem Crazy Rich Asians itu memang sudah jelas. Kami faham,” antara komen netizen.

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi gambar jambangan mawar merah jambu yang berselerakan dipukul ombak.

Netizen sekali lagi mengatakan gambar bunga itu seolah-olah petunjuk kepada hubungan pelakon filem Wanita Terindah itu dengan Fattah.

“Ingat tidak dulu Fattah pernah bagi Fazura 500 bunga ros merah jambu dengan putih.

“Lepas berlakon Hero Seorang Cinderella, Fazura dapat bunga ros merah jambu. Banyak betul sampai 500.

“Gambar terakhir itu agak sesuatu. Semoga mereka baik-baik saja,” tulis netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Dakwaan pergolakkan rumah tangga Fazura dan Fattah mula timbul apabila kedua-duanya tidak lagi memuat naik gambar bersama dalam media sosial.

Tidak terhenti di situ, kisah rumah tangga mereka turut dibincangkan di sebuah laman sembang dengan netizen memberi pelbagai pandangan mengenai hal dalaman pasangan terbabit.

Bagaimanapun, Fazura dan Fattah masing-masing tampil menangkis dakwaan tersebut dan menyatakan mereka sengaja berbuat demikian demi menjalani hidup lebih privasi.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 serta dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI