fbpx

Kebakaran di lapangan terbang Soekarno-Hatta berjaya dipadam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah restoran di zon perlepasan Terminal 3 terbakar awal pagi tadi. - Tangkap layar/Berita Satu

JAKARTA – Sebuah restoran di zon perlepasan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, wilayah Banten, terbakar awal pagi ini, lapor laman berita Detik.

Pengurus Besar Eksekutifnya, Dwi Ananda Wicaksana berkata, pihak berkuasa lapangan terbang telah mengambil tindakan segera serta menambah, operasi penerbangan tidak terjejas.

“Operasi lapangan terbang dan penerbangan tidak terjejas sama sekali,” katanya.

Tambah Dwi, pihaknya mengerahkan 20 anggota bomba dalaman dari lapangan terbang berkenaan, manakala kebakaran dapat dikawal dengan pantas.

Menurut Dwi, kebakaran berlaku sekitar pukul 04.24 pagi (waktu tempatan) sebelum ia dipadamkan pada pukul 4.30 pagi (waktu tempatan).

“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini. Bagi restoran terbabit, kami akan memastikan ia boleh beroperasi semula,” katanya.

Pihak  Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kebakaran, manakala operasi di kemudahan itu berjalan seperti biasa. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI