fbpx

EPL: Slot dedah Ten Hag bukan sahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL memburu kemenangan ketiga musim ini apabila bakal turun berdepan cabaran United di Old Trafford malam ini. - AFP

LIVERPOOL – Semua pengurus Liverpool dan Manchester United sentiasa berdepan debaran apabila kedua-dua pasukan bertemu pada setiap musim ekoran perseteruan yang panjang dilalui.

Musim ini menyaksikan kedua-dua pengendali pasukan itu dibimbing oleh pengurus dari Belanda, malah lebih jauh Arne Slot dan Erik Ten Hag memulakan permusuhan mereka sejak di saingan Eredivisie ketika mengemudi Feyenoord dan Ajax Amsterdam.

Slot yang baru ‘berusia’ dua perlawanan bersama Liverpool apabila mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jurgen Kloop mengakui beliau tidak mempunyai hubungan yang terlalu baik dengan Ten Hag.

“Tidak, tidak, kami tidak bersahabat. Persahabatan mungkin satu perkara yang berbeza ada pendapat saya. Cuma, hubungan kami adalah baik

“Apa yang boleh dianggap persahabatan adalah apabila anda sering bertemu atau keluar untuk makan malam bersama. Tetapi, itu bukanlah sesuatu yang kami lakukan sebelum ini dan kami tidak begitu mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Ten Hag melalui kesukaran yang hebat musim lalu sehingga hampir dipecat sebelum jawatannya berjaya diselamatkan, namun kedudukannya kembali goyah selepas aksi kurang memuaskan dalam dua aksi setakat ini apabila tewas kepada Brighton minggu lalu.

Berbeza dengan Slot yang dianggap memulakan kariernya dengan penuh positif apabila meraih kemenangan dalam kedua-dua perlawanan termasuk ketika aksi pertamanya di Anfield menentang Brentford.

Slot mengakui pertemuan Liverpool dan United adalah sentiasa menjadi aksi kompetitif yang paling dinantikan dan beliau tidak memerlukan sesiapa pun untuk tampil dan memberitahu kisah permusuhan kedua-dua kelab ini.

“Ada sesetengahnya cuba memberitahu saya mengenai beberapa perkara, tetapi mengenai permusuhan ini, anda tidak perlu melakukannya. Apabila anda mula ‘bekerja’ di Liverpool, anda sepatutnya tahu betapa besarnya erti perlawanan ini.

“Ia seperti apabila anda menyertai Feyenoord, anda akan sedar betapa pentingnya perlawanan menentang Ajax,” ujarnya.

Mengulas mengenai pemain baharu, Federico Chiesa, Slot mengakui beliau tidak menjangkakan pemain itu akan diturunkan ekoran pemain itu terlepas sesi latihan sepanjang dua minggu lalu di Juventus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI