fbpx

EPL: Maresca resah semangat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA perlu segera melupakan kekalahan kepada Servette untuk memberikan fokus kepada pertemuan menentang Palace. - AFP

LONDON – Chelsea dijangka berdepan aksi sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Stamford Bridge malam ini, beberapa hari selepas tewas 1-2 kepada Servette pada playoff Liga Konferens Europa.

Meskipun meneruskan kemaraan ke saingan liga menerusi kemenangan agregat 3-2, namun The Blues dianggap belum berada pada prestasi terbaik, lebih-lebih lagi berdepan The Eagles malam ini.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca tetap berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan Palace biarpun skuad kendalian Oliver itu masih belum mengutip sebarang mata dalam Liga Perdana musim ini selepas tewas dua kali berturut-turut.

“Saya ada menonton kedua-dua perlawanan Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana dan mereka tidak berhak kalah. Bagi saya, mereka adalah pasukan yang baik dan mereka buktikan pada penghujung musim lalu.

“Saya yakin mereka akan kembali menemui sentuhan itu, jadi kami perlu berjaga-jaga ketika bertemu mereka nanti. Tidak dinafikan, ada sedikit tekanan menjelang pertemuan dengan Palace,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap barisan pemain supaya mengekalkan fokus dan mengeluarkan permainan sebenar, sama seperti ketika mereka membelasah Wolverhampton Wanderers 6-2 minggu lalu.

“Sasaran kami adalah untuk menampilkan corak permainan menarik dan mencatat kemenangan, namun kadang-kadang keputusan tidak memihak kepada anda. Ini adalah proses dan saya hanya mahu memastikan pemain sentiasa pamer peningkatan,” ujar Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI