fbpx

EPL: Chelsea keciciran mata, Newcastle benam Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cole Palmer (tengah) meraikan bantuan jaringan yang dilakukan sebentar tadi.

LONDON – Pasukan Chelsea gagal memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 1-1 bertemu Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Blues tidak menunggu untuk menguji kubu Palace menerusi rembatan pemain sensasi, Cole Palmer seawal minit ke-12 tetapi sedikit tersasar.

Pemain sayap yang meledak hatrik minggu lalu, Noni Madueke turut memiliki dua peluang keemasan tetapi disia-siakan.

Gol yang dicari tuan rumah akhirnya tiba menerusi penyudah penyerang sensasi, Nicolas Jackson yang memanfaatkan hantaran Palmer pada minit ke-25.

Bersambung pada babak kedua, Palace memperkemaskan jentera serangan dan berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan menarik Eberechi Eze pada minit ke-53.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha meraih tiga mata berharga tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, di Stadium St. James Park, Newcastle United berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur untuk terus mencabar kedudukan empat teratas liga ketika ini.

Gol-gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Harvey Barnes pada minit ke-37 dan Alexander Isak pada minit ke-75 manakala pasukan Spurs meraih gol saguhati menerusi jaringan sendiri Dan Burn pada minit ke-56. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI