fbpx

Ibu, anak maut gara-gara kera melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota Vios yang remuk setelah terlibat dalam satu kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau- Kuala Ketil, petang tadi.

BALING – Dua beranak maut apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam dalam satu kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau- Kuala Ketil, kira-kira pukul 6.12 petang tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.12 petang itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Siti Norhasliza Kamarudin, 26, yang beralamat di F30 Kampung Haji Ngah, Bedong, dan ibunya, Omi Kalsom Man,  69, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Charan Ai Wan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh suami mangsa, Mohd Fadzil Othman, 27, datang dari arah tempat rekreasi Sungai Sedim, Kulim menghala ke Bedong, Sg. Petani untuk pulang ke rumah.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba seekor binatang yang dipercayai kera melintas dari kanan ke kiri jalan menyebabkan pemandu Mohd Fadzil telah mengelak ke kiri jalan dan kemudian telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terbabas di kawasan semak arah ke Kejai.

“Akibat daripada kemalangan tersebut ke dua-dua mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Charan.

Menurutnya, ketika kejadian isterinya berada di bahagian penumpang hadapan manakala ibu mertuanya berada di bahagian belakang.

Dua anak mangsa yang dikenali sebagai Lufiya Mikayla Mohd Fadzil, 2 dan Lufh Mikhael bin Mohd Fadzil, 3, serta Mohd Fadzil telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI