fbpx

Anwar akan bawa Malaysia kembali ke arah kegemilangan – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MyPPP ke-71, di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ni.- Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat membawa semula Malaysia ke arah kegemilangan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia telah melihat dalam tempoh dua tahun ini pelbagai onak telah Anwar lalui termasuk soal nilai ringgit pernah hampir mencecah RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)

“Tetapi hakikatnya nilai ringgit kita semakin meningkat apabila keadaan ini telah kita lalui. Kita santunilah kerajaan yang ada sekarang ini.

“Kita yakin bahawa dibawah pimpinan Perdana Menteri, keikhlasan beliau itu tidak ada tolok banding,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MyPPP ke-71 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, negara akan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dalam tempoh kurang tiga tahun dan realiti dunia ketika ini tiada parti politik dapat membentuk kerajaan secara sendirian.

Kata beliau, sebanyak 70 negara di dunia tidak dapat membentuk kerajaan tanpa ada parti gabungan, tanpa ada kerajaan campuran atau tanpa ada kerajaan perpaduan.

“Jadi jangan kecil hati walau kecil mana parti kita yang penting kita boleh sumbang dalam Pilihan Raya Kecil atau PRU. Ini yang sedang berlaku di dunia ini, juga yang sedang berlaku di Malaysia.

“Kita mahu beritahu rakyat Malaysia keseluruhan cukuplah perbezaan pendapat kalau terlalu dilayani kerana akan berakhir dengan satu keputusan yang tidak memihak kepada rakyat.

“Tuhan telah menentukan kita ada dalam situasi sekarang ini. Kita yang harus pertahankan kestabilan politik di negara ini untuk pertumbuhan ekonomi semakin baik, nilai ringgit semakin kukuh, eksport semakin tinggi, pelancong lebih ramai dan pendapatan negara bertambah. Itu yang harus kita pegang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI