fbpx

‘Amboi budak, kecil lagi macam siput sedut pun gatal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Baby Shima kongsi wajah remaja bawah umur yang kirimkan mesej lucah sebagai pengajaran agar jangan biadab.

PETALING JAYA – Kerap menjadi mangsa gangguan seksual, penyanyi Baby Shima mendedahkan terkejut menerima mesej lucah daripada remaja bawah umur menerusi akaun Instagramnya.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, berkata dia menyedari identiti pengirim berdasarkan gambar profil pemilik akaun terbabit yang dipercayai berusia lingkungan 13 tahun ke atas.

“Kalau setakat usik atau kecam saya boleh tahan lagi, ini sampai sebut perkataan dan pertanyaan yang memualkan. Bawah umur pula, memang melampau.

“Saya pun tak faham macam mana dia sanggup kirim mesej sebegitu. Sebagai pengajaran saya kongsi muka dia, biar dia tahu perbuatan sebegitu salah.

“Harap jadi amaran agar jangan buat tindakan biadab seperti itu pada masa akan datang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sebelum ini Baby Shima memuat naik tangkap layar mesej langsung (DM) seorang pengikut lelaki yang mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh.

Menerusi hantaran tersebut, pelantun lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah itu turut berkongsi nama akaun serta foto budak yang dimaksudkan.

Menerusi hantaran tersebut, pelantun lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah itu turut berkongsi nama akaun serta foto budak yang dimaksudkan.

Baby Shima juga dilihat turut membalas mesej tersebut dengan amaran bakal mengadu perbuatan tersebut kepada ibu bapanya.

“Amboi kau budak kecil. Kecil lagi macam siput sedut pun gatal nak jolok. Siap kau aku bagi tahu mak kau budak kecik siput sedut,” tulisnya.

Semakan dalam ruangan komen rata-rata meminta penyanyi itu menasihatkan kanak-kanak berkenaan bahkan ada juga menyarankan membuat laporan polis.

“Budak sekarang memang biadab, kalau kena tahan memang tiada rasa takut. Mungkin bangga dengan kawan-kawan,” kata netizen.

“Report polis sahaja,” ujar seorang pempengaruh.

Terdahulu, penyanyi dangdut yang turut terkenal di Indonesia itu antara selebriti yang berani mendedahkan tindakan kacau ganggu menerusi media sosialnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI