fbpx

Amboi, berani mati betul Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anju bersama seorang lelaki berbadan sasa dengan penampilan seksi.

PELAKON sensasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Zarina Anjoulie mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik beberapa gambar dan video mengenakan gaun pendek berwarna putih.

Bukan sahaja mendedahkan betis hingga ke paha, malah turut menampakkan bahagian dada dan bahu.

Awalnya difahamkan, ruangan komen gambar tersebut terbuka kepada umum, namun beberapa minit kemudian bahagian tersebut telah ditutup.

Tertanya juga kenapa tutup ruangan komen kalau ‘berani mati’ kongsi gambar dan video sebegitu, sedangkan beberapa perkongsian ‘berani’ pelakon filem Ular itu tidak pula ditutup bahagian komen.

Biarpun tiada dibenarkan untuk meninggalkan komen, netizen tetap mempunyai cara lain untuk ‘membincangkan’ tentang penampilan pelakon cantik itu yang dipercayai hadir ke sebuah acara tertutup.

Sebahagian mereka menjadikan platform TikTok untuk menyuarakan pandangan masing-masing termasuk mengharapkan agar pelakon itu tidak terlalu berkongsikan foto berpakaian seksi dalam media sosial.

Meskipun platform digital itu bersifat peribadi, namun setiap perkongsian masih boleh dilihat secara umum.

Diva: Mesti seronok Fazura dapat tengok Adele depan mata siap dapat dengar nyanyi live lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI