fbpx

Wanita meninggal dunia seminggu selepas dapat PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Islam Negeri Walisongo. - TikTok

JAKARTA  –  Seorang wanita di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai selepas berjaya mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) pada usia 73 tahun, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia seminggu selepas dia menerima ‘hadiah’ paling bermakna dalam hidupnya. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun anaknya @yoenseeyoen, dia dilihat menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Islam Negeri Walisongo dengan berkerusi roda. 

Meskipun sudah berusia, warga emas itu tetap gagah menghadiri majlis konvokesyen tersebut. 

“Ibu saya dapat memenuhi keinginan terakhirnya apabila dia lulus dan mendapat ijazah PhD pada usia 73 tahun dengan perjuangan yang sangat luar biasa. Namun, dia meninggal seminggu selepas konvokesyen. 

“Dari dulu lagi, ibu memang sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencatatkan lebih 561,000 tontonan serta 50,400 tanda suka. 

“Ini baru benar-benar menuntut ilmu hingga ke akhir hayat,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI