fbpx

[VIDEO] Sambutan Hari Kebangsaan, ramai tidak tinggal solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2024 menunaikan solat subuh berdekatan Dataran Putrajaya pagi tadi.

PETALING JAYA – ‘Tunaikan solat walau di mana berada’. Itu yang dapat digambarkan mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya pagi tadi apabila pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya seawal tengah malam, tetap tidak lupa mengerjakan solat subuh.

Tinjauan pelbagai video dikongsikan di media sosial mendapati, pengunjung dalam kalangan umat Islam beratur di tandas awam untuk mengambil wuduk dan mereka menunaikan solat subuh antaranya di atas jalan, kawasan pejalan kaki, bawah pokok dan di tepi bangunan sekitar dataran.

Ada juga pengunjung yang menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, iaitu hanya beberapa meter dari Dataran Putrajaya.

Ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, termasuk Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang memuji semangat pengunjung pada sambutan pagi tadi.

“Kagum melihat rakyat Malaysia sanggup berada di Dataran Putrajaya sejak malam tadi sambut Hari Merdeka. Lebih kagum lihat ramai tunaikan kewajipan solat Subuh. Syabas, semangat Malaysia,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut mengesyorkan kepada Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk bekerjasama dalam menyediakan lebih banyak kemudahan semasa sambutan Hari Kebangsaan pada tahun depan.

“Sediakan lebih banyak kemudahan tempat wuduk bergerak, tandas awam kerana trend setiap tahun makin ramai ambil peluang berkelah, berkhemah seisi keluarga sepanjang malam untuk menantikan upacara perbarisan gilang-gemilang menyambut Hari Kebangsaan.

“Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh juga anjurkan program khas termasuk tahajud dan ceramah khas sepanjang malam bagi memeriahkan lagi suasana dan mengisi malam kemuncak dengan lebih bermakna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@thejohnfriday Sebelum dikata tak solat di Dataran Putrajaya, meh tengok keadaannya disini jam 6.30AM. 😉 #DataranPutrajaya #MalaysiaMerdeka #HariMerdeka #fyp ♬ original sound – thejohnfriday

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI