fbpx

[VIDEO] Penjenayah ada 16 rekod lampau mati ditembak polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian berbalas tembakan di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Rawang, malam tadi.

RAWANG – Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian pukul 9.33 malam itu berlaku selepas suspek enggan berhenti dan melepaskan tembakan ke arah pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Katanya, pihak polis kemudian telah membalas beberapa tembakan dan suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis Kontinjen Selangor mengesahkan kejadian itu. Suspek adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian ini diminta tampil ke balai polis atau berhubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI