fbpx

[VIDEO] Lepaskan jet pejuang berarak pun ada ‘style’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Pangkalan Udara TUDM sempat menarik sebelum melepaskan jet pejuang, pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang petugas Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang menarik perhatian ramai apabila dilihat lincah menari sambil memberi isyarat penerbangan kepada juruterbang jet pejuang yang berlepas untuk membuat pertunjukan udara di sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya.

Gaya petugas tersebut turut ditayangkan secara langsung menerusi platform rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM), bahkan ia mendapat maklum balas positif dan menghiburkan orang ramai.

“Semangat abang ni, definisi ‘I love my job’ walaupun cuti umum,” komen mirahaniza di Instagram.

“Nampak dia seronok dengan kerja dia. Alhamdulillah,” komen miorahmad.

“Semangatlah dia. Comel, kita pula teruja,” kata yushida.usop. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI