fbpx

[VIDEO] Hujan tak halang 50,000 pengunjung berhimpun di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA hujan tidak menghalang orang ramai untuk terus setia menyaksikan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Melaka, hari ini.

MELAKA – Kira-kira 50,000 pengunjung terus setia berhimpun dalam suasana hujan di sepanjang laluan perarakan di hadapan Mahkota Parade di Jalan Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri, hari ini.

Acara perbarisan bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan disertai lebih 10,000 peserta terdiri daripada 140 buah kontinjen membabitkan pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan.

Selain itu adalah agensi dan syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, sekolah-sekolah seluruh negeri Melaka, kelab serta persatuan di Negeri Melaka.

Perarakan dilakukan sejauh 4.8 kilometer bermula daripada Padang Dataran Pahlawan dan tamat di Stadium Hang Tuah.

Sambutan pada tahun ini juga turut diserikan dengan pertunjukkan Lintas Udara daripada Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Orang ramai juga dipersembahkan dengan perarakan bot dan jet ski di Sungai Melaka yang memulakan perjalanan dari Taman Rempah, Pengkalan Rama sehingga jeti Casa Del Rio. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI