PETALING JAYA – Kehadiran ‘abang sado’ bomba pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya terus menjadi tumpuan dengan kali ini, bukan sekadar hadir dengan ‘pick up lines’, malah ‘memancing’ pengunjung dengan gula-gula.
Menerusi video dikongsikan pengunjung di TikTok, kelihatan seorang anggota bomba ‘sado’ membaling gula-gula kepada pengunjung yang duduk di tepi laluan.
Selain itu, ada juga anggota bomba menghiburkan pengunjung dengan memegang kad manila bertulis ayat ‘pick up lines’ seperti ‘ku tak hangus di lautan api, tetapi ku lemas di lautan cinta’.
Dalam pada itu, tinjauan di media sosial mendapati ramai yang masih ‘setia’ dengan penampilan abang bomba ‘sado’, biarpun terdapat persaingan daripada ‘abang sado’ lain antaranya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Abang bomba masih terbaik,” komen na.garage di TikTok.
“Tahun lepas baling bunga, tahun ni baling gula-gula,” kata Rockachik.
“Abang bomba masih menang lagi,” ujar MWaqiy. – KOSMO! ONLINE
@yasirfoo7484 Ini kali diorang claim #merdeka67 #putrajaya #madani #abangbomba #akakbomba #perarakanmerdeka2024 ♬ Merdeka 31 Ogos – Shima MamaDiva