fbpx

Untung bersih Titijaya Land naik tiga kali ganda kepada RM28.92 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Titijaya mahu memenuhi keperluan impian masyarakat untuk memiliki rumah berkualiti pada harga berpatutan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Titijaya Land Berhad (Titijaya) mencatat untung  bersih sebanyak RM28.92 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (TK2024), meningkat lebih daripada tiga kali ganda dan keuntungan tahunan tertinggi sejak tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020.

Peningkatan keuntungan bersih ini didorong oleh pampasan yang diterima Kumpulan bagi pengambilalihan sementara tanah milik Shah Alam City Centre Sdn Bhd (SACC), anak syarikat milik penuh Titijaya, untuk projek Transit Aliran Ringan ketiga (LRT3) yang akan datang. 

Keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 (TK2023) adalah RM5.91 juta.

Pendapatan Kumpulan menurun sebanyak 30 peratus  kepada RM254.86 juta untuk TK2024, berbanding RM362.87 juta setahun lalu. 

Pendapatan untuk tahun tersebut didorong oleh jualan Neu Suites @ Off Jalan Ampang, The Riv @ KL Sentral, The Ria @ KL Sentral, dan Seiring @ Bukit Subang.

Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit, berkata peningkatan dalam prestasi kewangan bagi tempoh berkenaan dipacu oleh kemajuan projek infrastruktur utama serta peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, prospek untuk sektor hartanah telah bertambah baik sepanjang tahun lalu.

“Permintaan kukuh untuk projek yang telah siap dan baru dilancarkan, dan Kumpulan terus meraih manfaat daripada pegangan tanah strategik kami di bandar-bandar utama Lembah Klang.

“Maju ke hadapan, kami akan terus membuat pelaburan yang berhemah dalam pegangan tanah kami dan pembangunan hartanah yang terletak secara strategik di seluruh Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Bagi suku kewangan berakhir 30 Jun 2024 (S4 TK2024), Kumpulan kembali mencatat keuntungan bersih sebanyak RM2.59 juta, berbanding kerugian bersih RM21.33 juta setahun lalu. 

Peningkatan keuntungan Kumpulan dalam S4 TK2024 adalah disebabkan pampasan yangditerima Kumpulan bagi pengambilalihan sementara tanah milik SACC untuk projek LRT3 yang akan datang. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI