fbpx

Tidak sangka diminta sapu sampah semasa sesi temu duga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pencari kerja tukang sapu di Indonesia. - Foto @dikaaja293

JAKARTA  – Satu rakaman video menunjukkan beberapa orang yang menghadiri temu duga untuk jawatan pekerja pembersihan diminta menyapu sampah di sebuah kawasan luas, lapor portal berita Banjarmasin Post hari ini.

Kesemua mereka berbuat demikian ketika ditemu duga oleh pihak majikan yang mencari tukang sapu  Indonesia.

Klip video itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, @dikaaja293, semalam.

Dia turut menghadiri temu duga untuk jawatan berkenaan.

Mereka yang mencari pekerjaan itu hadir berpakaian kemas dengan berkemeja atau baju batik serta memakai kasut.

“Cari kerja 2024. Mahu menjadi tukang sapu, temu duga,”  demikian tulis pemilik akaun itu.

Proses temu duga yang perlu dilalui menunjukkan betapa sukarnya untuk mencari pekerjaan pada masa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI