fbpx

Tapak kaki dinosaur bukti Amerika Selatan dan Afrika bercantum 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAPAK kaki dinosaur ornithopoda di Lembagan Saousa, Brazil. - Foto Fox Weather

BRASILIA – Lebih 260 tapak kaki dinosaur serupa yang ditemui di Brazil dan Cameroon menjadi bukti  bahawa rantau Amerika Selatan dan Afrika pernah bercantum menjadi sebahagian daripada benua gergasi, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Sekumpulan saintis dalam kajian mereka baru-baru ini berkata, Amerika Selatan dan Afrika merupakan sebuah benua berjuta-juta tahun lalu.

Mereka juga menganggarkan tapak kaki dinosaur yang ditemui  itu berusia 120 juta tahun. Ketika itu,  Amerika Selatan dan Afrika terdiri daripada sebuah benua besar dikenal sebagai Gondwana.

Penemuan fosil itu dibuat pada jarak lebih 5,954 kilometer jauhnya antara timur Brazil dan utara Cameroon.

Kedua-dua benua tersebut kini dipisahkan oleh Lautan Atlantik.

“Kami mengenal pasti dari sudut usia, tapak-tapak kaki ini serupa walaupun ditemui di dua benua berbeza,” kata seorang saintis berkenaan, Louis L. Jacobs.

Menurutnya, makhluk itu tinggal di sepanjang koridor Gondwana atau dikenali sebagai ‘lebuh raya besar dinosaur’ sebelum ia berpecah menjadi dua benua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI