fbpx

Tanah jerlus: SAR memasuki hari kesembilan, masih tiada petunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tanah jerlus yang menjadi tumpuan operasi SAR di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah jerlus melibatkan wanita warga India di Jalan Masjid India diteruskan pada hari kesembilan, hari ini.

Namun setakat ini, masih tiada petunjuk baharu berkaitan SAR yang dilakukan semalam.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan dilakukan Menteri di Jabatan Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa di lokasi kejadian, pukul 2 petang ini.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan memaklumkan pasukan SAR meneruskan operasi sehingga pukul 4 pagi.

Operasi diteruskan dengan penggunaan kamera teleskopik bagi melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan ‘backlog’.

Menurut kenyataan sama, kamera itu mempunyai gabungan teknologi yang terdapat pada kamera ‘push rod’ dan ‘crawler’ yang digunakan sebelum ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati laluan di Jalan Masjid India masih lagi ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Selain itu, premis perniagaan di sekitar kawasan ini didapati beroperasi seperti biasa.

23 Ogos, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI