fbpx

Tanah jerlus Jalan Masjid India: Video ilustrasi tular bukan sumber sahih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara video ilustrasi yang didakwa kejadian menimpa wanita warga India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, 23 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menegaskan orang ramai untuk tidak berkongsi video ilustrasi seolah-olah kejadian tanah jerlus, di Jalan Masjid India, di sini.

Jelas beliau, ilustrasi bukan daripada sumber yang sah itu hanya akan menyebabkan orang ramai keliru dan mendapat maklumat salah berhubung kejadian tersebut.

“Saya minta orang ramai untuk mendapatkan berita-berita sahih dari autoriti, banyak illustasi dan pelbagai (video) dilihat. Biar (maklumat) dari pihak autoriti,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, ibu negara masih dalam keadaan selamat untuk dikunjungi dan perbincangan dengan pakar geologi berhubung permukaan dan struktur tanah di Kuala Lumpur akan dilakukan.

23 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga India iaitu Vijaya Lakshmi, 48 terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Antara agensi terlibat SAR mangsa ini ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Indah Water Konsortium (IWK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI