IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak 2024, di sini hari ini.
Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke acara tersebut yang diadakan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berdekatan Stesen Keretapi Ipoh dan Dewan Bandaran Ipoh.
Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Dianggarkan lebih 30,000 pengunjung hadir memeriahkan acara seawal pukul 7 pagi, yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikan perbarisan dan perarakan. – KOSMO! ONLINE