fbpx

Sambutan Hari Kebangsaan: Sultan Ibrahim zahir rasa gembira, perjalanan lancar – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai ketika hadir pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa gembira berhubung kelancaran perjalanan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Baginda bertitah demikian kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Fahmi Fadzil sebelum berangkat pulang sejurus selesai acara.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Sultan Ibrahim dalam pada itu turut menzahirkan rasa gembira acara berkenaan dilaksana dengan ketepatan masa yang sempurna.

“Tuanku bertitah bahawa baginda sangat gembira dengan perjalanan sambutan hari ini yang berjalan tepat pada masanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan 2024, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI