fbpx

Pesawat F/A-18D Hornet terbang 600 km/j pukau orang Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertunjukan udara pesawat FA-18D Hornet milik TUDM mengujakan kira-kira 35,000 rakyat Kedah pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 peringkat negeri di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Pertunjukan udara oleh pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengujakan kira-kira 35,000 rakyat Kedah yang berhimpun menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Kedah di Dataran Medan Bandar, di sini hari ini.

Deruman enjin dan aksi udara empat pesawat TUDM Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang yang terbang dengan kelajuan 600 kilometer per jam (km/j) pada ketinggian 304 meter selama 15 minit itu julung kali diadakan bagi memeriahkan perarakan tahun ini.

Lebih memukau persembahan akrobatik tiga pesawat berkenaan yang melintasi pentas utama dalam echelon formation daripada 18 Skuadron pangkalan udara itu.

Pesawat berkenaan didatangkan khas ke ruang udara Kedah setelah melaksanakan pertunjukan udara di Dataran Istana Kehakiman Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Nasional hari ini.

Sambutan berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehudin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI