fbpx

Pesara pegawai bank rugi RM1. 98 juta terjerat love scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pesara pegawai bank lesap RM1.98 juta selepas terjerat dalam sindiket love scam melibatkan parcel.

Mangsa berusia 64 tahun itu dikatakan telah memasukkan wang ke dalam 12 akaun sindiket.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 4.10 petang semalam dengan kejadian dikatakan berlaku di Bukit Jelutong.

“Mangsa merupakan warga tempatan dan pesara pegawai bank telah berkenalan dengan suspek di media sosial. Dia kemudiannya telah diminta untuk menebus parcel dengan melakukan 12 transaksi dalam 12 akaun tidak dikenali bermula Mei lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI