fbpx

Pendapatan CIMB naik kepada RM11.23 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Khairul Rifaie (kiri) dan Novan Amirudin selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. Thank you and have a pleasant weekend.

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) mencatat keuntungan sebelum cukai yang kukuh bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 adalah RM5.30 bilion naik 12.4 peratus daripada RM4.72 bilion tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Untung bersih Kumpulan direkodkan sebanyak RM3.90 bilion, menokok 14 peratus daripada RM3.42 bilion tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Novan Amirudin berkata, prestasi kewangan yang menggalakkan ini dipacu oleh sokongan dan keyakinan pelanggan, kerjasama yang baik dengan rakan dan juga pelaksanaan yang baik terhadap strategi yang dilaksanakan di bawah Forward23+ selain kekal aktif serta responsif terhadap trend semasa.

“Perkembangan yang baik ini adalah kesan positif daripada pertumbuhan pendapatan operasi, kawalan kos yang berdisiplin dan juga penambahbaikan dalam kualiti aset serta sumbangan daripada portfolio yang pelbagai dari ASEAN  yang telah berjaya memenuhi keperluan pelanggan.

“Untuk mengukuhkan daya tahan operasi, kami akan dan terus melabur dalam bidang teknologi, sistem serta meneruskan usaha untuk menyediakan persekitaran perbankan yang lancar kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Mengulas lanjut beliau menerangkan, pendapatan operasi bagi tempoh berkenaan naik 8.7 peatus kepada RM11.23 bilion dengan pendapatan bersih faedah naik 6.7 peratus kepada RM7.65 billion.

Momentum pertumbuhan pinjaman melonjak 4.2 peratus daripada semua pasaran dan segmen manakala deposit menokok sebanyak 2.7 peratus.

Selain itu, pendapatan bukan faedah (NOII) pula kukuh sebanyak 13.2 peratus kepada RM3.58 bilion dan nisbah  NOII bertambah baik kepada 31.9 peratus berbanding 30.6 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI