JAKARTA – Seorang pekerja sebuah restoran terkenal di Indonesia mengundang kecaman orang ramai selepas menyajikan minuman dengan cara yang kotor, lapor saluran berita Viva.co.id semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @falahrhmtllh, pekerja itu selamba memasukkan jarinya ke dalam gelas-gelas berisi air sebelum menyerahkan kepada rakan sekerjanya.
Perbuatan itu dilakukan semata-mata untuk mengangkat minuman secara serentak, demi mempercepatkan proses pesanan.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meriah lebih 5.1 juta tontonan bersama 141,200 tanda suka.
“Ini baru teh celup sebenar,” sindir seorang netizen.
“Sangat bersih,” sindir netizen lain. – AGENSI