fbpx

PDRM siasat dakwaan Datuk Mashitah terlibat pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution (kanan) beramah-mesra dengan salah seorang penduduk pada program Mekar di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PDRM diberikan sepenuh kepercayaan untuk menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung kes tersebut.

“Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu.

“Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Baru Pulau Redang di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin Nasution mengakui jenayah rentas sempadan antara negara-negara Asia Tenggara amat membimbangkan.

“Semua negara (ASEAN) mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia. Kita juga bersetuju berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI