fbpx

Operasi cari Vijaya Lakshmi membahayakan petugas SAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini sehingga menyebabkan seorang pelancong wanita menjadi mangsa. – AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dihentikan serta merta hari ini kerana membahayakan anggota keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pelbagai cara telah digunakan selama sembilan hari, namun mangsa masih tidak dijumpai.

“Apa yang menyebabkan kita tidak boleh teruskan SAR juga adalah keselamatan anggota dan pasukan SAR yang turun kebawah (kumbahan). Turut dilihat sudut kesihatan dan arus deras yang boleh bahayakan keselamatan mereka (petugas SAR),” jelas beliau.

Tambah Zaliha, semua itu hasil laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang mengetuai SAR di lokasi tersebut.

“Sebab memberhentikan ada beberapa perkara, Ada objek dikesan dalam saluran Indah Water Konsortium (IWK), tetapi objek itu juga tidak dapat mengesahkan adalah mangsa.

“Ia termasuk juga keselamatan kawasan sebagai contoh mendapan tanah kedua, ini membimbangkan kita,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Jelas beliau, pihaknya mengambil maklum keperluan meneruskan aktiviti di Jalan Masjid India, namun tidak mengetepikan keselamatan umum.

Pada 23 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48 terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Sepasukan anggota JBPM Kuala Lumpur telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 8.22 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI