fbpx

Operasi SAR cari Vijaya Lakshmi dihentikan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR cari G Vijaya Lakshmi dihentikan serta-merta.

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48, yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dihentikan serta-merta, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan diambil susulan laporan yang diusulkan kepada Jemaah Menteri termasuk pakar tentang insiden yang berlaku.

Zaliha pada sidang akhbar di lokasi tanah jerlus, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, ia juga termasuk hasil laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang mengetuai SAR di lokasi tersebut.

“Sebab diberhentikan (SAR) ada beberapa perkara. Ada objek dikesan dalam saluran Indah Water Konsortium (IWK) itu, namun tidak mengesahkan ia adalah mangsa. Sebab kita tak boleh teruskan adalah faktor keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI